Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Thursday 24 March 2011

Mulianya akhlakmu... Rasulullah s.a.w.

Medieval Christian views on MuhammadImage via Wikipedia
Iman adalah percaya kepada Allah dan Rasulnya. Apabila seseorg beriman, dia perlu taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad. Dia menjaga hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Akhlaknya baik dan inilah yang dikatakan iman yg sempurna.
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah bersabda... “orang mukmin yang sempurna imannya, ialah mereka yang paling baik akhlaknya...” (Bukhari dan Muslim).
Pada suatu ketika, Nabi Muhammad s.a.w. membantu seorang perempuan tua mengangkat barang hingga sampai ke rumahnya. Perempuan tua itu tertarik dengan akhlak beliau tetapi tidak mengenali beliau. Perempuan tua itu asyik bercerita dan mencemuh orang yang dikatakan membawa agama baru iaitu Nabi Muhammad. Namun Nabi Muhammad s.a.w. hanya tersenyum. Apabila tiba di rumahnya, Nabi Muhammad memperkenalkan dirinya. Alangkahnya terkejutnya perempuan tua itu. Tidak lama selepas itu perempuan tua tersebut memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak nabi yang mulia.

Enhanced by Zemanta