Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Wednesday 20 April 2011

Kacang lupakan kulit...

Pertamanya, marilah kita mengucapkan Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga yg tiada nilai yg dapat disamakan setaranya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam... yang menghidup dan yang mematikan, Tuhan yang memilki setiap jiwa yang berakal mahupun tidak... Tuhan yang mengatur dan mengurus putaran hidup jiwa dan dunia ini serta semesta alamnya. Allah s.w.t. berfirman...

ËxÎm7y zOó$# y7În/u n?ôãF{$# ÇÊÈ   Ï%©!$# t,n=y{ 3§q|¡sù ÇËÈ   Ï%©!$#ur u£s% 3yygsù ÇÌÈ
   üÏ%©!$#ur ylt÷zr& 4ÓtçöpRùQ$# ÇÍÈ
Maksudnya:
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha tinggi (dari Segala sifat-sifat kekurangan),1 Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya Dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya;2 Dan Yang telah mengatur (Keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaanNya);3 Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak...4 (Surah al-A’laa:1-4).
Ada ketikanya kita merasakan hidup ini terlalu indah dan pantas mengharunginya dengan hilai tawa penuh gembira, dan ada saatnya hidup ini terlalu sukar untuk diharungi bertemankan air mata dan duka. Perasan atau tidak bahawa setiap putaran dunia ini, hampir setiap hari ada saja insan yang lahir kedunia ini dan tidak kurang juga ada insan yang pergi meninggalkan dunia ini. Lumrah alam urusan Allah ini berlaku tanpa rela dan pinta, suka ataupun tidak... setuju atau sebaliknya. Tiada jiwa yg berhak menghalangnya bahkan wajib merelakannya. Jangan melawan sunnah Allah kerna kelak mengundang bala dan bencana, lihat saja Acheh dan Jepun apabila alam ciptaan Allah ini mengikut perintah Tuhannya. Tiada kekuatan dan kecanggihan yang mampu menghadapinya... semuanya ranap dan binasa.
Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah satu ketika bersajak tentang Melayu Mudah Lupa. Sedarkah bahawa bukan saja Melayu yang mudah lupa, bahkan kebanyakkan manusia di dunia ini sememangnya mudah lupa. Lupa pada Allah yg Maha Pencipta, lupa yang diri sendiri itu diciptakan, lupa hebatnya pencipta dan lemahnya kita, lupa yang kita tak punya apa-apa dan semuanya milik Dia Yang Maha Kuasa dan pada bila2 masa pun segala yang ada pada kita dan yang ada di sisi kita akan diambil oleh-Nya. Kiranya kita leka dan derhaka makanya yang rugi dan terseksa adalah kita, bahkan Allah s.w.t. sedikitpun tidak terjejas apa-apa. Inilah peluang yg Allah s.w.t sediakan untuk kita. Hidup dengan beriman kepada Allah dan mengharapkan keredhaannya.
Perasan sendiri yang hebat dan terpelajar, tengoklah kelulusannya... oversea, PHD dan macam-macam lagi. Sekarang ni kalau setakat “Master”... apa barang, apa lagi kalau Lepasan Ijazah. Bicaranya hebat sekali, pidatonya menusuk kalbu dan menyentuh perasaan... dahsyat...dahsyat. Allah s.w.t. berfirman...
yx¬7y ¬! $tB Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# $tBur Îû ÇÚöF{$# ( uqèdur âƒÍyèø9$# ÞOŠÅ3ptø:$# ÇÊÈ   $pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä zNÏ9 šcqä9qà)s? $tB Ÿw tbqè=yèøÿs? ÇËÈ   uŽã9Ÿ2 $ºFø)tB yYÏã «!$# br& (#qä9qà)s? $tB Ÿw šcqè=yèøÿs? ÇÌÈ
Maksudnya:
Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.1  Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! 2  Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.3 (Surah Ash-Shaff:1-3)
Hebat bicara biar mantap amal ibadahnya. Tak heran kalau murid sekolah yang beragama Islam tak faham-faham walaupun hampir setiap hari belajar tentang agama di sekolah, apa yang peliknya kalau yang punyai ijazah, punyai Master dan PHD mula menidakkan hokum Allah dan bercakap menggunakan bahasa munafik serta menentang perjuangan Islam secara terang-terangan.
Sesekali tu seronok juga menonton filem “Evergreen” Tan Sri P. Ramlee. Sesetengahnya mencuit perasaan dan menegur dalam diam keadaan yang berlaku sekarang. Sesiapapun yakin ianya menyedarkan kebanyakkan orang yang menontonnya tapi protesnya berlaku dalam diam dan tak berani untuk membuat perubahan. Filem Lagenda... Ali Baba Bujang Lapuk, menjual ganja secara terbuka dan menjual belacan terpaksa bersembunyi. Apa gambaran perundangan manusia pada ketika itu, hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang. Kebarangkalian persekitaran lokasi dan watak lakonannya yang mungkin berbeza.
Lemahnya iman dan jiwa, fizikal dan mental semuanya pinjaman belaka. Bila tidur malam siapa yang menjaga kita dalam keadaan semut dan serangga kecil berkeliaran tanpa memasuki rongga-rongga lubang di badan kita. Bangun pagi tak ingat dunia hingga lupa mengucapkan Alhamdulillah... sesekali semut masuk telinga, menjerit bagai kiamat dunia dan tak henti menyebut Allah...Allah...Allah sakitnya.
Tak siapapun yg berhak menafikan manusia adalah ciptaan Allah asal keturunan Nabi Allah Adam a.s. walaupun ada manusia yg menafikan benih keturunannya sendiri. Allah memuliakan manusia itu dari keturunan Nabi Allah Adam s.a. tapi peliknya manusia itu sendiri yang menghina keturunannya sendiri dari beruk dan sejenisnya. Allah member peluang seluas2nya kepada manusia untuk menjadi insane atau khalifah yang terbaik di antara makhluk-Nya yang lain dan Allah jualah yang mengangkat martabat kemuliaan manusia, namun kepelikan manusia ini mengundang bala bencana dari Allah. Pelik... pelik, bicara dan bahas bagai nak retak pasal ikan haruan (badus) boleh dimakan atau tidak, tapi dialah juga yg sembahyangnya di akhir waktu bahkan ada kalanya langsung tak solat... apa barang. Keluar urat semereh dan merah padam muka bahas pasal Amerika sekutu Israel dan membunuh rakyat Palastien, tapi dialah juga sembahyang subuh gajah. Semangat ada tapi tak kena cara, sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu... suruh berjuang pantang anak jantan, suruh mengaji quran tersipu-sipu. Tapi untuk juga ada insane yang bersemangat seperti ini cuma kena ada yang membimbing dan memberitahu mana satu jalan yang harus di tuju.
Sekarang ini kita berada pada zaman akhir babak-babak sebuah kehidupan di bawah arahan Allah s.w.t. Dan sesungguhnya, ingat dan ingatlah bahawa kita hidup bukan hanya sekali kerana selepas berakhirnya babak kehidupan ini kita akan dibangkitkan kembali untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kita lakukan. Soal kematian dan kiamatnya dunia sudah hangat diperbincangkan sejak zaman hayat Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam kiraan hampir 1500 tahun lampau. Pelbagai petunjuk dan tanda-tandanya kiamat itu semakin hampir telahpun berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku sebagai amaran panduan untuk manusia kembali kepada Penciptanya dan membuat persediaan sebaik sebanyak mungkin agar tidak menyesal di kemudian hari. Mereka yg terlampaunya bijak dengan celuparnya mulut merenget tentang bila nak kiamatnya, mati... kalau nak mati duduk diam di rumah pun mati... apa nak takut, rempit jer. Allah s.w.t. berfirman...
(#þqä9$s%ur #sŒÏär& $uZù=n=|Ê Îû ÇÚöF{$# $¯RÏär& Å"s9 9,ù=yz ¤ƒÏy` 4 ö@t/ Nèd Ïä!$s)Î=Î/ öNÍkÍh5u tbrãÏÿ»x. ÇÊÉÈ   * ö@è% Nä39©ùuqtGtƒ à7n=¨B ÏNöqyJø9$# Ï%©!$# Ÿ@Ïj.ãr öNä3Î/ ¢OèO 4n<Î) öNä3În/u šcqãèy_öè? ÇÊÊÈ   öqs9ur #ts? ÏŒÎ) šcqãB̍ôfßJø9$# (#qÝ¡Ï.$tR öNÎhÅrâäâ yZÏã óOÎgÎn/u !$oY­/u $tR÷Ž|Çö/r& $uZ÷èÏJyur $oY÷èÅ_ö$$sù ö@yJ÷ètR $·sÎ=»|¹ $¯RÎ) šcqãZÏ%qãB ÇÊËÈ
Maksudnya;
Dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila Kami telah hilang lenyap Dalam tanah, Kami pula akan hidup semula Dalam bentuk kejadian Yang baharu? betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan Dengan Tuhannya.10 Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".11 Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".12
Gila akibat terlalu asyik dengan cinta. Gila cinta perempuan, cinta harta, cinta pangkat, cinta kuasa dan macam2 lagi jenis cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi cinta... sanggup berjaga malam sampai siang dan dari siang hingga malam. Sanggup menempuh perjalanan yang jauh demi cinta dan ada yang sanggup  mati kerana cinta. Hebatnya cinta manusia ini... dahsyat... dahsyat. Manusia antara makhluk yang hebat apabila menafsir tentang cinta ibarat setianya Uda dan Dara...
Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Maha atas segala2nya. Sebut pasal CINTA... CINTA ALLAH mengatasi segala2nya. Apabila Allah sudah cinta kepada hambanya, tiada tandingan yang setara cinta-Nya mengatasi alam cakrawala menjangkaui dunia hingga akhirat. Inilah cinta sebenar yang harus di cari oleh setiap jiwa yang dimiliki. Sanggup berkorban jiwa dan raga. Tidak ada jiwa yang sanggup memberikan kebaikan terhadap jiwa yang menderhakainya melainkan Allah yang setiap jiwa ada di tangan-Nya. Manusia yang beriman kepada Tuhannya akan mengembalikan cinta pada penciptanya. Tiada yang lebih berharga dari cinta itu walaupun tidak ada harga yang setara denganya dan hanya itu yang termampu. Allah s.w.t. Tuhan yang berkuasa atas segalanya dan bukanlah cinta itu pemangkin-Nya, akan tetapi natijah cinta itu akan dikembalikan kepada hamba yang menyintai-Nya. Hebatnya cinta Allah yang Maha Esa. Firman Allah Taala...
ß`»oH÷q§9$# ÇÊÈ   zN¯=tæ tb#uäöà)ø9$# ÇËÈ   šYn=y{ z`»|¡SM}$# ÇÌÈ   çmyJ¯=tã tb$ut6ø9$# ÇÍÈ   ߧôJ¤±9$# ãyJs)ø9$#ur 5b$t7ó¡çt¿2 ÇÎÈ   ãNôf¨Z9$#ur ãyf¤±9$#ur Èb#yàfó¡o ÇÏÈ   uä!$yJ¡¡9$#ur $ygyèsùu yì|Êurur šc#uÏJø9$# ÇÐÈ   žwr& (#öqtóôÜs? Îû Èb#uÏJø9$# ÇÑÈ   (#qßJŠÏ%r&ur šcøuqø9$# ÅÝó¡É)ø9$$Î/ Ÿwur (#rçŽÅ£øƒéB tb#uÏJø9$# ÇÒÈ   uÚöF{$#ur $ygyè|Êur ÏQ$tRF|Ï9 ÇÊÉÈ   $pkŽÏù ×pygÅ3»sù ã@÷¨Z9$#ur ßN#sŒ ÏQ$yJø.F{$# ÇÊÊÈ   =ptø:$#ur rèŒ É#óÁyèø9$# ãb$ptø§9$#ur ÇÊËÈ   Ädr'Î6sù ÏäIw#uä $yJä3În/u Èb$t/Éjs3è? ÇÊÌÈ
Maksudnya;
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.1 Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran.2 Dia lah Yang telah menciptakan manusia.3 Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.4 Matahari dan bulan beredar Dengan peraturan dan hitungan Yang tertentu;5 Dan tumbuh-tumbuhan Yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.6 Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,7 Supaya kamu tidak melampaui batas Dalam menjalankan keadilan;8 Dan betulkanlah cara menimbang itu Dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang Yang ditimbang.9 Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya Yang lain:10 Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma Yang ada kelopak-kelopak mayang;11 Demikian juga terdapat biji-bijian Yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan Yang harum;12 Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?13