Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Thursday 30 September 2010

Khasiat Buah Tamar / Kurma

Phoenix Dactylifera Planted n MoroccoImage via Wikipedia

Buah tamar merupakan antara buah yg kaya dengan pelbagai khasiat. Ia adalah makanan yg penting bagi Nabi dan keluarga baginda. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata... "ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air, melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging..."

Dalam riwayat yg lain dari Bukhari dan Muslim...Abdullah Jaafar berkata, "saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun".

Pada bulan Ramadhan umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan buah tamar. Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad dan  Ibnu Majah meriwayatkan sabdaan Nabi s.a.w. yang bermaksud... "apabila seseorang berbuka puasa, berbukalah dengan buah tamar, apabila dia tidak memperolehi buah tamar...berbukalah dengan air kerana air itu pembersih..."

Mengikut satu kajian yg dilakukan oleh al-Sahib, W and Marshall, RJ bertajuk The Fruit Of The Date Palm : Its Possible Use As The Best Food For The Future, buah tamar boleh menjadi makanan yg ideal pada masa hadapan. Ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yg tinggi iaitu 44-88%, kadar serat antara 6.4 11.5%, kadar protien antara 2.3-5.6%, kadar lemak antara 0.2-0.5% dan minyak antara 0.2-0.5%. Protien buah tamar dibina daripada 23 jenis asid amino, sebahagiannya tidak ditemui dalam buah-buahan yg popular seperti oren, epal dan pisang. Antara mineral yg terdapat dalam tamar ialah kalium (potassium), boron, kalsium, kobalt, besi, magnesium, mengenes, fosforus, natrium (sodium), zink dan fluorin. Fluorin ialah mineral yg membantu meningkatkan kesihatan gigi. Disamping itu buah tamar juga mengandungi selenium, sejenis bahan yg diperlukan oleh sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser. Berkaitan dengan vitamin, antara vitamin yg terdapat dalam buah tamar adalah vitamin C, B1, B2, asid nikotinik dan vitamin A. Justeru buah tamar dapat dianggap sebagai makanan yg ideal kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yg bermanfaat untuk kesihatan manusia. Penemuan ini dilaporkan di dalam International Journal of Food and Science Nutrition, 54(4):247-259.

Buah Tamar dan Ibu Mengandung

Di dalam Quran terdapat satu kisah yg berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa ibu sedang mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26. Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Allah menjelaskan, "maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yg tidak bererti dan dilupakan...Maka Jibrail menyeru dari tempat yg rendah dengan berkata...janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu, dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon kurma itu akan mengugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..."

Secara dasarnya, buah tamar sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung. Ia kaya dengan vitamin B6, asid follik, kalium, zat besi magnesium. Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semulajadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah (blood circulation). Justeru pengambilan buah tamar yg kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung. (Clin Obstet Gynecol 1999Dec;42(4):802-19)

Kajian sains menunjukkan, semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour), kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu. Pada masa itu si ibu memerlukan karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium). Mengikut ensiklopedia kesihatan di healty.yahoo.com di bawah tajuk Potassium Content Of Fruit, Vegetables, And Other Foods oleh SydneyYoungerman-Cole (RN, BSN, RNC), kalium adalah zat logam yang menyeimbangkan cecair dalam badan disamping memantapkan fungsi saraf serta otot.

Krispin Sullivan (CN), seorang pakar dalam bidang Pemakanan Klinikal memperincikan hal ini di dalam artikel beliau yg bertajuk Great Pains:Tips for Having an Easy Childbirth. Beliau berkata, semasa sedang malahirkan anak tenaga si ibu dapat dipulihkan dengan memberi buah-buahan, jus, sayur-sayuran ataupun yg seumpamanya yg kaya dengan kalium, magnesium, natrium (sodium) dan sulfur. Bahan-bahan ini akan memudahkan proses kelahiran.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, mengikut yg dilaporkan di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian PBB di http://www.fao.org/ buah tamar memang kaya dengan karbohidrat. Karbohidratnya wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang menyerap masuk kedalam sistem darah dengan segera. Tambahan daripada itu, ia juga kaya dengan kalium dan magnesium di samping mengandungi natrium (sodium) dan sulfur dengan kadar yang sederhana. 

Justeru itu buah tamar sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekali gus menampakkan perintah Allah supaya Maryam memakan buah tamar semasa hampir melahirkan Nabi Isa  sememangnya saintifik berdasarkan penemuan semasa.

Quran Saintifik_Dr Danial Zainal Abidin_2009. 
Enhanced by Zemanta

Wednesday 22 September 2010

d`Clarity of perfume`s - Haruman Kasih Inspirasi Kehidupan...


d`Clarity of perfume`s
Aroma Kasih Perfume

 

Sebuah syarikat yang memasarkan PATI MINYAK WANGI pelbagai haruman setara jenama antarabangsa. Syarikat ini telah di daftarkan atas nama Roshahliza Enterprise (JM0576784-A). d’Clarity of Perfume dipilih kerana merasakan ia amat bersesuaian dengan tema iaitu “Haruman Kasih Inspirasi Kehidupan” .

Syarikat ini telah diterajui oleh Puan Roshahliza Ruslan dan Cik Rosyatisah Ruslan yang mana penubuhannya adalah untuk memenuhi kehendak pasaran semasa dari segi keperluan peribadi setiap individu yang dambakan haruman dan kesegaran setiap hari. Justeru itu, marilah kita bersama-sama semarakkan ikatan kasih melalui haruman yang dipasarkan.

  
d`Clarity of perfume`s
Aroma Kasih Perfume

Terdapat 17 jenis aroma haruman Aroma Kasih yang diisi dalam botol yang berukuran 2.5ml. Kami juga menawarkan Aroma kasih Perfume di dalam 1 pouch yang menarik.
  •  Eternity (calvin klein)
  •  Desire (Dunhill)
  •  Tommy (Tommy Hilfinger)
  •  Be delicious (Dkny)
  •  Apple Blossom (Body Shop)
  •  Amor-amor (Cacharel)
  •  Still (Jeniffer lopez)
  •  Fantasy(Britney Spears)
  •  Strawberry (Body shop)
  •  Pacific paradise (Escada)
  •  Narciso Rodriquez (Narciso Rodriquez)
  •  Burberry (Burberry)
  •  Brut
  • Baby dolly (Ysl)
  • Miracle (Lancome)
  • Rush2 (Gucci)
  • White Musk (New)
Berminat untuk menjadi agen dan pengedar, hubungi kami untuk keterangan lanjut ;

  1. Puan Roshahliza Ruslan  - Pasir Gudang (013-7523472)
  2. Cik Rusyatisah Ruslan    - UKM Bangi (013-7161347)
  3. Lyn - Mersing ( 019-7016784)
  4. Pn. Julia Saidi - Dungun, Terengganu (013-3450640)
  5. Ustaz Mar Sani Muhamad - Tenom, Sabah (013-8334332/019-4906280)

Monday 20 September 2010

SKIZOFRENIA DI MALAYSIA


Muqaddimah: Schizophrenia menyerang Gemencheh

Pada 5 Januari 2010, satu peristiwa mengerikan berlaku di Gemencheh, Negeri Sembilan apabila 4 ahli keluarga dibunuh tanpa peri kemanusian. Dalam kes ini, disyaki ahli keluarga terlibat dan suspek yang ditangkap merupakan graduan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Ini bermakna, suspek boleh digolongan belia yang terpelajar. Namun persoalan berlegar-legar di minda penulis, kenapa tergamak membunuh ahli keluarga sendiri? Kenapa yang terpelajar sanggup melakukan perkara ini? Mari kita kaji sedikit mengapa hal ini boleh berlaku.

Terkejut apabila membaca satu artikel akhbar yang menunjukkan jumlah pesakit mental di negara ini yang terus meningkat sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu berbanding 364,196 kes pada tahun sebelumnya. Statistik ini dimaklumkan oleh Presiden Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN, Prof. Dr. Mohd. Hussain Habil hasil kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi dan psikiatri.

Menurut Menteri Kesihatan pula, Datuk Seri Liow Tiong Lai, statistik juga menunjukkan sebanyak 11.2 peratus daripada pesakit mental terdiri daripada mereka yang berusia 16 tahun ke atas. Penyakit mental yang dipercayai menyerang rakyat Malaysia ini dikenali sebagai Schizophrenia.

Schizophrenia : Kenali simptom, komplikasi dan rawatannya

Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan,nyanyuk dan multiple sclerosis.Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia,ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara, pembaca boleh klik (info Schizophrenia) untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan penyakit mental ini tentang tanda dan gejala, komplikasi serta rawatan.

Maklumat tambahan berkaitan Schizophrenia adalah kelainan otak yang kronik dan parah. Penderita schizophrenia merasa mendengar suara yang tidak didengar orang lain atau percaya bahwa orang lain dapat membaca dan mengendalikan pikiran mereka atau berencana menyakiti mereka. Schizophrenia juga menyebabkan orang keluar dari kenyataan, dengan gejala halusinasi, paranoia dan memiliki cara berpikir dan persepsi yang tidak biasa.

Penderita schizophrenia dapat berbual secara tidak masuk akal, duduk selama berjam-jam tanpa bergerak atau banyak bicara, atau dapat juga terlihat baik-baik saja sampai mereka mengatakan apa yang sebenarnya mereka pikirkan.

Schizophrenia : Berpotensi membunuh keluarga sendiri

Dalam Metanews sebuah portal kesihatan dari Indonesia melaporkan sebahagian besar korban adalah anggota keluarga, dan hampir setengah dari kes kematian diakibatkan oleh penderita schizophrenia yang belum pernah dirawat. Penemuan terkini adalah berdasarkan 7 penelitian di Eropah dan Australia yang mendapati pembunuhan terhadap orang bukan ahli keluarga mencapai rata-rata 1 dibanding 7 juta atau 1 dibanding 18 juta orang per tahun.

Para peneliti itu juga membandingkan 43 kes pembunuhan dengan 42 kes di mana korban adalah anggota keluarga. Mereka menemukan bahawa kes pembunuhan orang asing (bukan ahli keluarga) dilakukan oleh penderita schizophrenia yang tidak memiliki rumah, atau memiliki sejarah masa kanak-kanak atau perilaku dewasa yang buruk termasuk kekerasan.Statistik 2003 menunjukkan Malaysia mendapat tempat dalam penyaki mentalSchizophrenia di Asia Tenggara. Sila klik: (statistic Schizophrenia Malaysia)

Kesimpulan

Jika rakyat Malaysia tidak diajar mengawal emosi dan kawalselia tekanan hidup maka akan mengakibatkan negara mengalami kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana produktiviti negara terjejas akibat masalah tersebut.

Yang mendukacitakan penulis iaah kenyataan daripada Mohd. Hussain, Presiden Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN berkata, penyakit mental sebenarnya tidak mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada sesiapa sebaliknya lebih bahaya kepada negara kerana menjejaskan ekonomi negara.

Dalam rakyat Malaysia berpotensi mendapat penyakit mental, lebih ditakutkan ekonomi berbanding penyakit ini. Adakah ini menyelesaikan masalah?

Sunday 19 September 2010

Kisah-kisah daripada Rasulullah s.a.w.

A green version of http://commons.wikimedia.or...Image via Wikipedia


Abdullah bin Umar bin al-Khattab RA telah berkata ; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bercerita ; Telah berjalan tiga orang dari umat sebelum kamu (umat Bani Israel) sehingga mereka terpaksa bermalam di dalam sebuah gua. Apabila mereka masuk ke dalam gua, tiba2 sebiji batu besar bergolek dari atas bukit menutupi pintu gua itu. Lalu mereka terperangkap di dalamnya. Mereka berkata sesama sendiri ; "Kita tidak akan dapat keluar dengan selamat dari gua ini melainkan memohon kepada Allah S.W.T. dengan tawassul melalui amal soleh yg kita lakukan..."

Justeru salah seorang daripada mereka berkata..."Ya Allah, dahulu aku mempunyai ibu bapa yg telah tua dan aku tidak pernah memberi minum kepada keluargaku, khadam serta semua hambaku sebelum aku memberi mereka minum. Suatu hari aku telah berjalan jauh untuk mencari daun kayu. Lantaran itu aku tidak dapat pulang menemui kedua-duanya sehingga mereka tidur. Aku lantas memerah susu untuk mereka minum malam, malangnya mereka berdua sudah tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka sebagaimana aku tidak suka memberi minum keluarga dan khadamkumendahului mereka. Aku terus menunggu mereka bangun sehingga terbit fajar sedangkan mangkuk susu itu masih berada di tanganku. Anak-anak pula menangis kelaparan di kakiku. Akhirnya mereka terjaga lalu minum susu itu. Ya Allah...jika benar apa yg aku lakukan itu semata-mata mencari keredhaan-Mu, maka lepaskanlah kami dari dalam gua ini..."

Tiba-tiba, pintu gua tersebut terbuka sedikit. Walaupun demikian mereka masih tidak dapat keluar.

Berdoa pula pemuda kedua..."Ya Allah...dahulu aku memiliki seorang sepupu perempuan. Dia adalah manusia yg paling aku cintai..."

Dalam suatu riwayat yg lain dinyatakan ;..."aku mencintainya seperti cinta seorang lelaki yang mendalam terhadap seorang wanita. Aku ingin mengadakan hubungan jenis dengannya tetapi dia enggan menurut kemahuanku. Sehinggalah berlaku kemelesetan serta kesukaran mendapatkan makanan, dia datang menemuiku. Lantas aku memberinya wang sebanyak 120 dinar dengan syarat dia hendaklah menyerahkan tubuhnya kepadaku. Dia menyetujuinya, sehingga aku berjaya menguasainya..."

Riwayat lain pula menyebut;..."tatkala aku duduk di antara kedua celah kakinya, tiba-tiba dia berkata ; "takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu membuka cincin melainkan dengan jalan yang hak (jangan menyetubuhiku melainkan menikahiku terlebih dahulu). Aku terus meninggalkannya sedangkan dialah manusia yg paling aku cintai. Aku juga meninggalkan wang yg telah aku berikan kepadanya. Ya Allah...jika benar apa yg aku lakukan itu adalah semata2 mencari keredhaan-Mu, bukalah pintu gua ini..."

Lalu pintu gua itu terbuka sedikit, namun mereka masih belum dapat meloloskan diri.

Akhir sekali pemuda ketiga berdoa..."Ya Allah...dahulu aku telah menggaji beberapa orang pekerja. Aku telah membayar gaji mereka kecuali seorang pekerja yg telah meninggalkan gajinya lalu pergi. Maka aku kembangkan duit gajinya itu sehingga menjadi harta yg banyak. Selepas sekian lama, dia datang kembali kepadaku lantas berkata ; "wahai hamba Allah, bayarlah gajiku yg terdahulu..."

Aku berkata kepadanya...ambillah segala apa yg kamu lihat daripada unta, lembu, kambing serta hamba-hamba itu, semuanya adalah hartamu...katanya ; "wahai hamba Allah janganlah engkau bergurau denganku".

Aku menjawab ;..."aku tidak bergurau, aku berkata benar..."

Lantas diseret harta-harta itu tanpa meninggalkan apa-apa... "Ya Allah...jika benar apa yg aku lakukan itu kerana mencari keredhaan-Mu, lepaskanlah kami dari dalam gua ini..."

Akhirnya pintu gua itu terbuka dengan luas. Lalu mereka bertiga berjalan keluar dengan selamat.

(Sahih Bukhari ; 2111, Sahih Muslim ; 4926)

Pengajaran, panduan dan ikhtibar ;

  1. Berdoa dan bermohonlah hanya kepada Allah semata2. Ia menjadi tuntutan setiap masa terutama apabila ditimpa kesusahan. Doa adalah satu ibadah yg penting, Rasulullah s.a.w. bersabda ; doa adalah intisari ibadah, semakin kerap seseorang itu berdoa kepada Allah semakin dia dikasihi Allah.

  2. Bertawassul adalah harus. Tawassul bermaksud berdoa dan memohon sesuatu daripada Allah dengan menyebut-nyebut amalan soleh yg dikerjakan dengan hati yg ikhlas kerana-Nya.

  3. Menghormati ibu bapa serta mentaati perintah keduanya adalah sifat yg sangat terpuji lagi mulia. Sebaliknya, menderhaka terhadap keduanya adalah satu perilaku yang sangat hina lagi terkutuk. Jangan bercakap keras dan kasar dengan kedua ibu bapa.

  4. Menghadapi ujian dan godaan nafsu yg sangat mencabar dengan tabah kerana tidak banyak orang yg berjaya menghadapinya dengan jaya.

  5. Memiliki sifat amanah adalah menjadi kewajipan setiap insan.

  6. Wujudnya keramat di kalangan wali-wali Allah yg soleh dan bertaqwa dengan izin-Nya.

  7. Taqwa merupakan kunci utama lahirnya sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang, tanpa taqwa akan sukarlah untuk seseorang itu menuruti perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. 
al-Fatihah buat ; al-Marhum Dato` Ishak Baharom
(1929-2008)


Enhanced by Zemanta