Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Saturday 10 March 2012


SK. LKTP. SELANCAR 3, MUADZAM SHAH, ROMPIN PAHANG.

 KERTAS CADANGAN PELANCARAN
PROGRAM GURU PENYAYANG
PERINGKAT SEKOLAH
2012

1. TUJUAN

1.1     Melancarkan Pelaksanaan Guru Penyayang peringkat sekolah 2012.

1.2     Ia adalah program yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan di sekolah dan bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah.


2. LATAR BELAKANG

2.1     Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM yang berlansung pada 9 hingga 11 Januari 2012 di Hotel Pan Pacific, KLIA telah memutuskan agar dilaksanakan program Guru Penyayang di sekolah bermula Mac 2012.

2.2       Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya  dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

2.3       Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa seterusnya menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 

2.4       Membudayakan amalan penyayang juga merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.




3. AKTIVITI

3.1       Amalan Guru Penyayang dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, sekolah akan melaksanakan tiga aktiviti berikut;


3.1.1   Mengalu-alukan kehadiran murid.
3.1.2   Memberi penghargaan kepada murid
3.1.3   Program Mentor Mentee.


4. OBJEKTIF

4.1       Objektif pelancaran pelaksanaan Guru Penyayang adalah;

4.1.1   Agar guru menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru,

4.1.2   Agar guru menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada  sekolah,

4.1.3   Agar guru menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, dan

4.1.4   Agar guru menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.




Guru Besar merasmikan Program GP 2012

Festival Maulidur Rasul 1433H Peringkat Sekolah 2012
17 Januari 2012/SK. LKTP. Selancar 3


PENDAHULUAN

                Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi adalah merupakan satu detik yang amat berharga kerana di situlah bermula sirah junjungan agung yang membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan dan dari kehinaan kepada kemasyhuran.

RASIONAL

                Setiap tahun umat islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak tertanding ini. Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi mesej kepada seluruh umat Islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.
                Juteru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia Pendidikan Islam SK. LKTP. Selancar 3 telah merancang sebaik mungkin dengan kerjasama semua rakan kerja dan warga sekolah bagi mengada Majlis Sambutan Maulidur-rasul pada tahun ini dengan hasrat mengemudi komuniti Islam peringkat sekolah kearah Cintakan Rasul junjungan mulia sepanjang zaman.

OBJEKTIF
  1. Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam
  2.  Menanam sifat teladan kepimpinan komuniti pendidik dan warga sekolah SK. LKTP. Selancar 3 melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW.
  3. Melahirkan masyarakat berukhuwwah Islamiah dalam komuniti pendidik dan warga sekolah SK. LKTP. Selancar 3  melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia.
  4.  Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan sepanjang zaman.

SASARAN
  1.  Semua kakitangan beragama Islam dan bukan Islam warga SK. LKTP. Selancar 3.
  2. Semua murid Islam dan bukan Islam dari tahun 1 – tahun 6 warga SK. LKTP. Selancar 3.
  3. Komuniti setempat di sekitar sekolah yang terdiri dari warga Felda Selancar 3 dan komuniti warga kerja Kilang sawit Selancar tiga selaku ibu bapa murid sekolah SK. LKTP. Selancar 3.
Dokumentasi

 Guru Besar ( baju oren ) Mengetuai Rombongan



Menghayati Perjuangan Rasululllah


KP. Pendidikan Islam yang bersemangat


Pertandingan Mewarna Tahap 1



Pertandingan Azan Tahap 2



Pertandingan Nasyid Tahap 2



Jasamu dikenang



Jasamu dikenang



Jasamu dikenang



Jasamu dikenang



SK. LKTP. Selancar 3... Terbaik.

Perarakan Maulidur Rasul 1433H bersamaan 17 Januari 2012M bermula dari masjid jamek al-Ansar Felda Selancar 3 bergerak ke SK. LKTP. Selancar 3. Sambil bersalawat memuji Allah dan Rasul-Nya... Tahniah buat semua warga SK. LKTP. Selancar 3.

صلي الله علي محمد * صلي الله عليه وسلم