Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Tuesday 18 January 2011

al kisah pasal bodoh sombong

Allah in stone in Rohtas Fort, District Jhelum...Image via Wikipedia
Sikap bodoh sombong akan menutup jalan untuk mendapat keceriaan dalam hidup. Daripada kajian yg dibuat, sikap tidak mahu berbincang mengenai masalah yg dihadapi menyumbang kepada faktor2 tidak boleh hidup dengan ceria. Masalah2 yg d kumpul dan d tanggung seorang diri mempunyai potensi yg besar untuk membuatkan fikiran kita tertekan dan terbeban sepanjang masa.

Sikap sesetengah manusia yg tidak mahu berbincang ini, ditambah lagi dengan sikap jahil dalam banyak perkara... bolehlah dianggap sebagai BODOH SOMBONG. Sebenarnya tujuan kita berkongsi masalah dengan org lain adalah untuk meminta pendapat, tunjuk ajar ataupun nasihat. Org yg menjadi tempat luahan masalah pula perlu dipilih terlebih dahulu agar masalah kita tidak d sebar kepada org lain. Maksudnya adalah org yg paling kita percayai dan boleh memberi pandangan dengan ikhlas dan telus. Apabila ada insan yg sudi mendengar masalah dan menegur kesalahan yg kita lakukan, terimalah dengan hati yg terbuka dan positif kerana mungkin juga itu adalah teguran daripada Allah SWT.

Islam juga tidak menyukai umatnya yg bersikap BODOH SOMBONG. Seorang muslim sepatutnya menghiasi dirinya dengan sifat rendah diri dan juga dengan sifat mahmudah yg lain. Jangan sesekali kita bersikap BODOH SOMBONG dan EGO untuk meminta nasihat daripada orang lain ataupun tidak mahu merendahkan diri untuk menerima kebenaran dan nasihat... semua daripada kita akan kembali kepada Allah, oleh itu kembalilah kepada Islam jika ingin mengapai kejayaan.



Enhanced by Zemanta

Friday 14 January 2011

al kisah tentang merantau...

Ciri orang yg berakal dan berbudaya adalah tidak akan tetap tinggal kekal di suatu tempat. Meninggalkan tempat tinggalnya untuk mengembara itulah sebahagian dari istirehatnya. Pergilah dengan penuh keyakinan, nescaya engkau akan temui pengganti yg telah engkau tinggalkan. Bekerja keraslah kerana hidup akan terasa nikmat setelah melihat hasilnya. Sesungguhnya air yg bertakung itu akan mengeluarkan bau yg busuk, andaikan saja ia mengalir... air itu akan terlihat bening dan bersih. Sebaliknya, jika ia dibiarkan terus bertakung ia akan menjadi kotor dan terus busuk.

Sang singa yg gah dan perkasa bergelar Raja Rimba akan mati kelaparan kiranya ia tidak keluar dari tempat peraduannya untuk mencari makanan. Dan sesungguhnya anak panah yg tajam tidak akan mengenai sasarannya jika tidak beranjak dari busurnya.

Dan sesungguhnya, andaikata mentari berhenti selamanya di tengah langit... nescaya seluruh umat dari hujung barat hingga ke hujung timur akan bosan kepadanya... Emas itu bagaikan debu sebelum dilombong menjadi emas, dan pohon cendana yg masih tertanam di tempatnya tidak ubah seperti pohon2 untuk kayu bakar.


...dari buaian hingga ke liang lahad...

Maka sesungguhnya, jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu... kau akan temui darjat kemuliaan di tempat yg baru dan engkau bagaikan emas yg sudah terangkat dari tempat perlombongannya... Jgn takut merantau dan berkelana, di laut menjadi pulau di darat menjadi tasik... jgn sombong dan lupa diri serta ingat asal kejadianmu... dan sesungguhnya tempat kembali terakhir buatmu adalah menghadap Ilahi rabbul izzati...