Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Saturday 10 March 2012


SK. LKTP. SELANCAR 3, MUADZAM SHAH, ROMPIN PAHANG.

 KERTAS CADANGAN PELANCARAN
PROGRAM GURU PENYAYANG
PERINGKAT SEKOLAH
2012

1. TUJUAN

1.1     Melancarkan Pelaksanaan Guru Penyayang peringkat sekolah 2012.

1.2     Ia adalah program yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan di sekolah dan bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah.


2. LATAR BELAKANG

2.1     Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM yang berlansung pada 9 hingga 11 Januari 2012 di Hotel Pan Pacific, KLIA telah memutuskan agar dilaksanakan program Guru Penyayang di sekolah bermula Mac 2012.

2.2       Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya  dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

2.3       Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa seterusnya menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 

2.4       Membudayakan amalan penyayang juga merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.




3. AKTIVITI

3.1       Amalan Guru Penyayang dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, sekolah akan melaksanakan tiga aktiviti berikut;


3.1.1   Mengalu-alukan kehadiran murid.
3.1.2   Memberi penghargaan kepada murid
3.1.3   Program Mentor Mentee.


4. OBJEKTIF

4.1       Objektif pelancaran pelaksanaan Guru Penyayang adalah;

4.1.1   Agar guru menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru,

4.1.2   Agar guru menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada  sekolah,

4.1.3   Agar guru menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, dan

4.1.4   Agar guru menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.




Guru Besar merasmikan Program GP 2012

No comments: