Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Saturday, 4 February 2012

Indahnya Ciptaan Allah...

Tanggal 24 Oktober 2011 lahirlah umat Muhammad yang kelima dalam keluarga kami diberi nama oleh insan yang aku sayang Nur Diana Fatihah. Jarang sekali aku bersembang tentang kami adik beradik. Sekarang hidup kami sekeluarga ceria sentiasa semenjak abah tercinta sudah pun bersama... walaupun bukan untuk selamanya, inilah saat-saat manis dalam hidup kami. Akan kami harungi dengan penuh keinsafan dan ketaatan kepada Allah. Selain guru-guru dan kawan2 di sekolah, ayah dan ibu adalah pembimbing dan kawan rapat kami. Ibu bapa ku adalah pemegang amanah Allah, ya Allah ampunkanlah segala salah dan silap mereka serta peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami ketika kami kecil...

Kami sefamily gembira menyambut kelahiran adik Nur Diana Fatihah apatah lagi lahirnya di Negeri Serambi Mekah. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, lahirmu adalah dengan izin-Nya... alhamdulillah.

Nur Diana Fatihah


Aaliya Nur Diana


Nurul Aaliya Najihah


Add caption

Nurul Izzah

Muhammad Faaris

Inilah abang kami yang sulung, menjadi harapan ibu dan ayah sebagai contoh suri teladan untuk membimbing kami adik beradik. Kata ibu dan ayah semoga kita semua bersatu hati dalam agama Allah, carilah ilmu sebanyak mungkin dan binalah taqwa agar terus selamat hingga ke akhirat. kata ibu dan ayah lagi... ingatlah bahawa kita tak selamanya bersama... semuanya atas kehendak Allah. Ya Allah satukanlah hati kami dalam mengingati-Mu...Aamiiin.

Thursday, 26 May 2011

Ujian adalah tarbiyah dan nikmat dari Allah untuk hambanya...

Ujian itu satu nikmat... bersyukurlah pada-Nya.
Salam ukhwah... lama rasenya tak menulis, banyak yg hendak d luahkan cume kekadang masa tak mengizinkan dan keadaan sekeliling disibukkan dengan aktiviti harian. Akhir Mei ini maka genaplah 2 setengah tahun ana dan ummi, abg long, kak ngah dan achik dipisahkan oleh keadaan dan jarak dengan abah tercinta. Kami sangat merinduimu abah...
Seperti kebiasaannya apabila tiba hari Ahad petang selepas kami semua pulang dari sekolah, saat yg paling menyedihkan kami melambaikan tangan merelakan abah pergi untuk meneruskan tugasnya mendidik anak bangsa demi memartabatkan agama bangsa dan negara tercinta. Sesekali ana menguatkan semangat dengan mengingatkan adenya insan lain menanggung kesedihan yang lebih berat dari perpisahan dengan orang yg tersayang... kalau bukan untuk sementara waktu, mungkin untuk selamanya... ya Allah kuatkanlah semangatku, ummi , abg long, kak ngah dan achik...

Namun begitu ana bersyukur kepada Allah kerana dulu kami hanya dapat bertemu dengan abah hanya apabila ada cuti persekolahan yg panjang, kerana waktu itu abah bertugas d Sabah Borneo, jauh keseberang laut membawa rindu kami bersamanya. Masih segar dalam ingatan ana satu mase tu abah sampai d rumah pada pukul 12 malam tanpa memberitahu kami yg dia akan pulang... rupanya ummi dan abah dah berpakat untuk memberi kejutan kepada kami, cuma yg menyedihkan kami... hanya seminggu peluang untuk kami melepskan rindu pada abah, lebih2 lagi ummi... kesian ummi dan sedih rindu ummi jelas terpapar di raut wajahnya.
Abah dan ummi adalah segala-galanya bagi kami selepas Allah dan Rasul-Nya. Kekadang kami merasakan hidup ini tidak lengkap tanpa abah d sisi, namun abah setiap kali menghubungi kami tidak lekang menasihati ummi agar tabah menghadapi semua ini dan memberi semangat kepada kami adik-beradik agar sentiasa berdoa mengharapkan rahmat dan restu Allah agar kami dapat bersama kembali seperti bahagianya keluarga lain apabila abah ada d sisi. Kekadang tu kami berasa cemburu apabila melihat keluarga lain hilai ketawa bersama dlm satu keluarga yg lengkap... ya Allah tabahkanlah hati2 kami...

Tahun 2011 tahun kami kata ummi... abah dapat pindah ke semenanjung, Pahang. Walaupun masih berjauhan sekurang2nya seminggu sekali kami dapat bertemu dengan abah dan melepaskan rindu... abah kalau pulang menjenguk kami pasti ada ole2nya untuk kami... kata abah, dia tidak pernah melupakan kami... kami sudah terpahat d jantung hati abah. Terima kasih abah kerana menyayangi kami...
Abah... kami berjanji untuk tidak mengecewakan abah dan jugak ummi, kami melihat sendiri dengan mata kepala kami betapa tabahnya ummi membesarkan kami tanpa abah d sisi... thanks ummi. Kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk menjadi anak2 yg soleh dan mendengar nasihat abah dan ummi. Abah... ummi... tanpa kedua insan mulia ini siapalah kami d sini hari ini. Kami mendoakan kesejahteraan buat abah serta ummi dunia dan akhirat.