Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Saturday, 10 March 2012

Festival Maulidur Rasul 1433H Peringkat Sekolah 2012
17 Januari 2012/SK. LKTP. Selancar 3


PENDAHULUAN

                Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi adalah merupakan satu detik yang amat berharga kerana di situlah bermula sirah junjungan agung yang membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan dan dari kehinaan kepada kemasyhuran.

RASIONAL

                Setiap tahun umat islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak tertanding ini. Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan ada juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan tujuan memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi mesej kepada seluruh umat Islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.
                Juteru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia Pendidikan Islam SK. LKTP. Selancar 3 telah merancang sebaik mungkin dengan kerjasama semua rakan kerja dan warga sekolah bagi mengada Majlis Sambutan Maulidur-rasul pada tahun ini dengan hasrat mengemudi komuniti Islam peringkat sekolah kearah Cintakan Rasul junjungan mulia sepanjang zaman.

OBJEKTIF
  1. Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam
  2.  Menanam sifat teladan kepimpinan komuniti pendidik dan warga sekolah SK. LKTP. Selancar 3 melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW.
  3. Melahirkan masyarakat berukhuwwah Islamiah dalam komuniti pendidik dan warga sekolah SK. LKTP. Selancar 3  melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia.
  4.  Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan sepanjang zaman.

SASARAN
  1.  Semua kakitangan beragama Islam dan bukan Islam warga SK. LKTP. Selancar 3.
  2. Semua murid Islam dan bukan Islam dari tahun 1 – tahun 6 warga SK. LKTP. Selancar 3.
  3. Komuniti setempat di sekitar sekolah yang terdiri dari warga Felda Selancar 3 dan komuniti warga kerja Kilang sawit Selancar tiga selaku ibu bapa murid sekolah SK. LKTP. Selancar 3.
Dokumentasi

 Guru Besar ( baju oren ) Mengetuai Rombongan



Menghayati Perjuangan Rasululllah


KP. Pendidikan Islam yang bersemangat


Pertandingan Mewarna Tahap 1



Pertandingan Azan Tahap 2



Pertandingan Nasyid Tahap 2



Jasamu dikenang



Jasamu dikenang



Jasamu dikenang



Jasamu dikenang



SK. LKTP. Selancar 3... Terbaik.

Perarakan Maulidur Rasul 1433H bersamaan 17 Januari 2012M bermula dari masjid jamek al-Ansar Felda Selancar 3 bergerak ke SK. LKTP. Selancar 3. Sambil bersalawat memuji Allah dan Rasul-Nya... Tahniah buat semua warga SK. LKTP. Selancar 3.

صلي الله علي محمد * صلي الله عليه وسلم









Saturday, 4 February 2012

Indahnya Ciptaan Allah...

Tanggal 24 Oktober 2011 lahirlah umat Muhammad yang kelima dalam keluarga kami diberi nama oleh insan yang aku sayang Nur Diana Fatihah. Jarang sekali aku bersembang tentang kami adik beradik. Sekarang hidup kami sekeluarga ceria sentiasa semenjak abah tercinta sudah pun bersama... walaupun bukan untuk selamanya, inilah saat-saat manis dalam hidup kami. Akan kami harungi dengan penuh keinsafan dan ketaatan kepada Allah. Selain guru-guru dan kawan2 di sekolah, ayah dan ibu adalah pembimbing dan kawan rapat kami. Ibu bapa ku adalah pemegang amanah Allah, ya Allah ampunkanlah segala salah dan silap mereka serta peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami ketika kami kecil...

Kami sefamily gembira menyambut kelahiran adik Nur Diana Fatihah apatah lagi lahirnya di Negeri Serambi Mekah. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, lahirmu adalah dengan izin-Nya... alhamdulillah.

Nur Diana Fatihah


Aaliya Nur Diana


Nurul Aaliya Najihah


Add caption

Nurul Izzah

Muhammad Faaris

Inilah abang kami yang sulung, menjadi harapan ibu dan ayah sebagai contoh suri teladan untuk membimbing kami adik beradik. Kata ibu dan ayah semoga kita semua bersatu hati dalam agama Allah, carilah ilmu sebanyak mungkin dan binalah taqwa agar terus selamat hingga ke akhirat. kata ibu dan ayah lagi... ingatlah bahawa kita tak selamanya bersama... semuanya atas kehendak Allah. Ya Allah satukanlah hati kami dalam mengingati-Mu...Aamiiin.