Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Tuesday 18 January 2011

al kisah pasal bodoh sombong

Allah in stone in Rohtas Fort, District Jhelum...Image via Wikipedia
Sikap bodoh sombong akan menutup jalan untuk mendapat keceriaan dalam hidup. Daripada kajian yg dibuat, sikap tidak mahu berbincang mengenai masalah yg dihadapi menyumbang kepada faktor2 tidak boleh hidup dengan ceria. Masalah2 yg d kumpul dan d tanggung seorang diri mempunyai potensi yg besar untuk membuatkan fikiran kita tertekan dan terbeban sepanjang masa.

Sikap sesetengah manusia yg tidak mahu berbincang ini, ditambah lagi dengan sikap jahil dalam banyak perkara... bolehlah dianggap sebagai BODOH SOMBONG. Sebenarnya tujuan kita berkongsi masalah dengan org lain adalah untuk meminta pendapat, tunjuk ajar ataupun nasihat. Org yg menjadi tempat luahan masalah pula perlu dipilih terlebih dahulu agar masalah kita tidak d sebar kepada org lain. Maksudnya adalah org yg paling kita percayai dan boleh memberi pandangan dengan ikhlas dan telus. Apabila ada insan yg sudi mendengar masalah dan menegur kesalahan yg kita lakukan, terimalah dengan hati yg terbuka dan positif kerana mungkin juga itu adalah teguran daripada Allah SWT.

Islam juga tidak menyukai umatnya yg bersikap BODOH SOMBONG. Seorang muslim sepatutnya menghiasi dirinya dengan sifat rendah diri dan juga dengan sifat mahmudah yg lain. Jangan sesekali kita bersikap BODOH SOMBONG dan EGO untuk meminta nasihat daripada orang lain ataupun tidak mahu merendahkan diri untuk menerima kebenaran dan nasihat... semua daripada kita akan kembali kepada Allah, oleh itu kembalilah kepada Islam jika ingin mengapai kejayaan.



Enhanced by Zemanta

1 comment:

norinaomar said...

berbuih pesan kat anak murid jangan jadi bodoh sombong,tak faham tapi takmahu tanya.susah attitude macam ni susah nak diubah.Sabar sajalah.,