Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Thursday 30 September 2010

Khasiat Buah Tamar / Kurma

Phoenix Dactylifera Planted n MoroccoImage via Wikipedia

Buah tamar merupakan antara buah yg kaya dengan pelbagai khasiat. Ia adalah makanan yg penting bagi Nabi dan keluarga baginda. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata... "ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air, melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging..."

Dalam riwayat yg lain dari Bukhari dan Muslim...Abdullah Jaafar berkata, "saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun".

Pada bulan Ramadhan umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan buah tamar. Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad dan  Ibnu Majah meriwayatkan sabdaan Nabi s.a.w. yang bermaksud... "apabila seseorang berbuka puasa, berbukalah dengan buah tamar, apabila dia tidak memperolehi buah tamar...berbukalah dengan air kerana air itu pembersih..."

Mengikut satu kajian yg dilakukan oleh al-Sahib, W and Marshall, RJ bertajuk The Fruit Of The Date Palm : Its Possible Use As The Best Food For The Future, buah tamar boleh menjadi makanan yg ideal pada masa hadapan. Ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yg tinggi iaitu 44-88%, kadar serat antara 6.4 11.5%, kadar protien antara 2.3-5.6%, kadar lemak antara 0.2-0.5% dan minyak antara 0.2-0.5%. Protien buah tamar dibina daripada 23 jenis asid amino, sebahagiannya tidak ditemui dalam buah-buahan yg popular seperti oren, epal dan pisang. Antara mineral yg terdapat dalam tamar ialah kalium (potassium), boron, kalsium, kobalt, besi, magnesium, mengenes, fosforus, natrium (sodium), zink dan fluorin. Fluorin ialah mineral yg membantu meningkatkan kesihatan gigi. Disamping itu buah tamar juga mengandungi selenium, sejenis bahan yg diperlukan oleh sistem pertahanan badan yang mampu mencegah kanser. Berkaitan dengan vitamin, antara vitamin yg terdapat dalam buah tamar adalah vitamin C, B1, B2, asid nikotinik dan vitamin A. Justeru buah tamar dapat dianggap sebagai makanan yg ideal kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yg bermanfaat untuk kesihatan manusia. Penemuan ini dilaporkan di dalam International Journal of Food and Science Nutrition, 54(4):247-259.

Buah Tamar dan Ibu Mengandung

Di dalam Quran terdapat satu kisah yg berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa ibu sedang mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26. Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Allah menjelaskan, "maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yg tidak bererti dan dilupakan...Maka Jibrail menyeru dari tempat yg rendah dengan berkata...janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu, dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon kurma itu akan mengugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu..."

Secara dasarnya, buah tamar sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung. Ia kaya dengan vitamin B6, asid follik, kalium, zat besi magnesium. Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semulajadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah (blood circulation). Justeru pengambilan buah tamar yg kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung. (Clin Obstet Gynecol 1999Dec;42(4):802-19)

Kajian sains menunjukkan, semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour), kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu. Pada masa itu si ibu memerlukan karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium). Mengikut ensiklopedia kesihatan di healty.yahoo.com di bawah tajuk Potassium Content Of Fruit, Vegetables, And Other Foods oleh SydneyYoungerman-Cole (RN, BSN, RNC), kalium adalah zat logam yang menyeimbangkan cecair dalam badan disamping memantapkan fungsi saraf serta otot.

Krispin Sullivan (CN), seorang pakar dalam bidang Pemakanan Klinikal memperincikan hal ini di dalam artikel beliau yg bertajuk Great Pains:Tips for Having an Easy Childbirth. Beliau berkata, semasa sedang malahirkan anak tenaga si ibu dapat dipulihkan dengan memberi buah-buahan, jus, sayur-sayuran ataupun yg seumpamanya yg kaya dengan kalium, magnesium, natrium (sodium) dan sulfur. Bahan-bahan ini akan memudahkan proses kelahiran.

Seperti yang disebutkan sebelum ini, mengikut yg dilaporkan di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian PBB di http://www.fao.org/ buah tamar memang kaya dengan karbohidrat. Karbohidratnya wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang menyerap masuk kedalam sistem darah dengan segera. Tambahan daripada itu, ia juga kaya dengan kalium dan magnesium di samping mengandungi natrium (sodium) dan sulfur dengan kadar yang sederhana. 

Justeru itu buah tamar sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekali gus menampakkan perintah Allah supaya Maryam memakan buah tamar semasa hampir melahirkan Nabi Isa  sememangnya saintifik berdasarkan penemuan semasa.

Quran Saintifik_Dr Danial Zainal Abidin_2009. 
Enhanced by Zemanta

No comments: