Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Sunday 19 September 2010

Kisah-kisah daripada Rasulullah s.a.w.

A green version of http://commons.wikimedia.or...Image via Wikipedia


Abdullah bin Umar bin al-Khattab RA telah berkata ; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bercerita ; Telah berjalan tiga orang dari umat sebelum kamu (umat Bani Israel) sehingga mereka terpaksa bermalam di dalam sebuah gua. Apabila mereka masuk ke dalam gua, tiba2 sebiji batu besar bergolek dari atas bukit menutupi pintu gua itu. Lalu mereka terperangkap di dalamnya. Mereka berkata sesama sendiri ; "Kita tidak akan dapat keluar dengan selamat dari gua ini melainkan memohon kepada Allah S.W.T. dengan tawassul melalui amal soleh yg kita lakukan..."

Justeru salah seorang daripada mereka berkata..."Ya Allah, dahulu aku mempunyai ibu bapa yg telah tua dan aku tidak pernah memberi minum kepada keluargaku, khadam serta semua hambaku sebelum aku memberi mereka minum. Suatu hari aku telah berjalan jauh untuk mencari daun kayu. Lantaran itu aku tidak dapat pulang menemui kedua-duanya sehingga mereka tidur. Aku lantas memerah susu untuk mereka minum malam, malangnya mereka berdua sudah tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka sebagaimana aku tidak suka memberi minum keluarga dan khadamkumendahului mereka. Aku terus menunggu mereka bangun sehingga terbit fajar sedangkan mangkuk susu itu masih berada di tanganku. Anak-anak pula menangis kelaparan di kakiku. Akhirnya mereka terjaga lalu minum susu itu. Ya Allah...jika benar apa yg aku lakukan itu semata-mata mencari keredhaan-Mu, maka lepaskanlah kami dari dalam gua ini..."

Tiba-tiba, pintu gua tersebut terbuka sedikit. Walaupun demikian mereka masih tidak dapat keluar.

Berdoa pula pemuda kedua..."Ya Allah...dahulu aku memiliki seorang sepupu perempuan. Dia adalah manusia yg paling aku cintai..."

Dalam suatu riwayat yg lain dinyatakan ;..."aku mencintainya seperti cinta seorang lelaki yang mendalam terhadap seorang wanita. Aku ingin mengadakan hubungan jenis dengannya tetapi dia enggan menurut kemahuanku. Sehinggalah berlaku kemelesetan serta kesukaran mendapatkan makanan, dia datang menemuiku. Lantas aku memberinya wang sebanyak 120 dinar dengan syarat dia hendaklah menyerahkan tubuhnya kepadaku. Dia menyetujuinya, sehingga aku berjaya menguasainya..."

Riwayat lain pula menyebut;..."tatkala aku duduk di antara kedua celah kakinya, tiba-tiba dia berkata ; "takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu membuka cincin melainkan dengan jalan yang hak (jangan menyetubuhiku melainkan menikahiku terlebih dahulu). Aku terus meninggalkannya sedangkan dialah manusia yg paling aku cintai. Aku juga meninggalkan wang yg telah aku berikan kepadanya. Ya Allah...jika benar apa yg aku lakukan itu adalah semata2 mencari keredhaan-Mu, bukalah pintu gua ini..."

Lalu pintu gua itu terbuka sedikit, namun mereka masih belum dapat meloloskan diri.

Akhir sekali pemuda ketiga berdoa..."Ya Allah...dahulu aku telah menggaji beberapa orang pekerja. Aku telah membayar gaji mereka kecuali seorang pekerja yg telah meninggalkan gajinya lalu pergi. Maka aku kembangkan duit gajinya itu sehingga menjadi harta yg banyak. Selepas sekian lama, dia datang kembali kepadaku lantas berkata ; "wahai hamba Allah, bayarlah gajiku yg terdahulu..."

Aku berkata kepadanya...ambillah segala apa yg kamu lihat daripada unta, lembu, kambing serta hamba-hamba itu, semuanya adalah hartamu...katanya ; "wahai hamba Allah janganlah engkau bergurau denganku".

Aku menjawab ;..."aku tidak bergurau, aku berkata benar..."

Lantas diseret harta-harta itu tanpa meninggalkan apa-apa... "Ya Allah...jika benar apa yg aku lakukan itu kerana mencari keredhaan-Mu, lepaskanlah kami dari dalam gua ini..."

Akhirnya pintu gua itu terbuka dengan luas. Lalu mereka bertiga berjalan keluar dengan selamat.

(Sahih Bukhari ; 2111, Sahih Muslim ; 4926)

Pengajaran, panduan dan ikhtibar ;

  1. Berdoa dan bermohonlah hanya kepada Allah semata2. Ia menjadi tuntutan setiap masa terutama apabila ditimpa kesusahan. Doa adalah satu ibadah yg penting, Rasulullah s.a.w. bersabda ; doa adalah intisari ibadah, semakin kerap seseorang itu berdoa kepada Allah semakin dia dikasihi Allah.

  2. Bertawassul adalah harus. Tawassul bermaksud berdoa dan memohon sesuatu daripada Allah dengan menyebut-nyebut amalan soleh yg dikerjakan dengan hati yg ikhlas kerana-Nya.

  3. Menghormati ibu bapa serta mentaati perintah keduanya adalah sifat yg sangat terpuji lagi mulia. Sebaliknya, menderhaka terhadap keduanya adalah satu perilaku yang sangat hina lagi terkutuk. Jangan bercakap keras dan kasar dengan kedua ibu bapa.

  4. Menghadapi ujian dan godaan nafsu yg sangat mencabar dengan tabah kerana tidak banyak orang yg berjaya menghadapinya dengan jaya.

  5. Memiliki sifat amanah adalah menjadi kewajipan setiap insan.

  6. Wujudnya keramat di kalangan wali-wali Allah yg soleh dan bertaqwa dengan izin-Nya.

  7. Taqwa merupakan kunci utama lahirnya sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang, tanpa taqwa akan sukarlah untuk seseorang itu menuruti perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. 
al-Fatihah buat ; al-Marhum Dato` Ishak Baharom
(1929-2008)


Enhanced by Zemanta

No comments: