Gambar batu terapung palsu.
…Gambar batu terapung dalam peristiwa Israk Mikraj yang sebenarnya berada dibawah Qubah dalam Masjidil-Aqsa. Batu yang benar-benar terapung sepenuhnya. Bagaimanapun telah dibuat bangunan disekelilingnya, kononnya mengejutkan orang yang melihat kehebatanNya… Allahu-akbar.Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi – Dato` Dr Haron Din al-Hafiz
Jangan keliru dengan dakyah musuh Islam, selama ini jurugambar musuh telah menggambarkan masjid berkubah kuning adalah Masjidil Aqsa. Hakikat sebenarnya masjid yang berkubah gelap itulah Masjidil Aqsa yang sebenar (tempat Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit dalam peristiwa Isra' Mi'raj) seperti gambar di bawah ini.
Masjidil Aqsa adalah qiblat pertama umat Islam... bersama pertahankannya.
No comments:
Post a Comment