Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Sunday, 11 July 2010

Isra' wal Mi'raj...


Gambar batu terapung palsu.

…Gambar batu terapung dalam peristiwa Israk Mikraj yang sebenarnya berada dibawah Qubah dalam Masjidil-Aqsa. Batu yang benar-benar terapung sepenuhnya. Bagaimanapun telah dibuat bangunan disekelilingnya, kononnya mengejutkan orang yang melihat kehebatanNya… Allahu-akbar.

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi – Dato` Dr Haron Din al-Hafiz



Jangan keliru dengan dakyah musuh Islam, selama ini jurugambar musuh telah menggambarkan masjid berkubah kuning adalah Masjidil Aqsa. Hakikat sebenarnya masjid yang berkubah gelap itulah Masjidil Aqsa yang sebenar (tempat Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit dalam peristiwa Isra' Mi'raj) seperti gambar di bawah ini.

Masjidil Aqsa adalah qiblat pertama umat Islam... bersama pertahankannya.








Friday, 9 July 2010

Isra' wal Mi'raj...


بسمِ الله الرحمن الرحيم

"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui".

27 Rejab 1431 Hijrah...

Hari bersejarah yang hampir setiap tahun ditunggu dan disambut dengan pelbagai aktiviti bagi memperingati sejarah agung yang berlaku sendiri ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Bila mana Rasulullah dijemput untuk menghadap sendiri bertemu Allah untuk menerima satu ibadah yang sangat besar berbanding dengan ibadah-ibadah lain iaitu solat fardhu lima waktu yang kita lakukan hari ini. Ibadah yang membezakan antara iman dan kufur, ibadah yang menjadi benteng dapat mencegah seseorang dari fahsya' dan mungkar serta ibadah yang pertama sekali akan ditanyakan Allah kepada setiap hambanya yang beriman.


Perhatikan bagaimana Allah S.W.T. memulakan surah Isra' dengan menyucikan serta mengagungkan diri-Nya sendiri dari sebarang kelemahan, kecacatan dan kesilapan dalam mengatur gerak hamba-Nya. Tuhan (Allah) yang tak pernah tidur bahkan mengantuk sekalipun, yg mengurus dan mengawasi hamba-Nya sama ada yg beriman atau sebaliknya.

Inilah peristiwa yang menjadi satu ujian yang hebat ke atas iman para sahabat dan orang-orang yang sebelumnya beriman kepada Allah. Inilah peristiwa bagaimana seorang sahabat Rasulullah mendapat gelaran as-Siddiq kerana membenarkan peristiwa bersejarah ini dengan 100% tanpa ada keraguan sedikit pun...

Malam ini Masjid ar-Rahman Tenom Sabah mengadakan majlis sambutan Peristiwa Isra' dan Mi'raj dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan. Ustaz Kamarool Azhar Saidi telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya yang sepontan dan sentiasa bersemangat. Walaupun peristiwa ini saban tahun akan menjadi majlis wajib, tetapi ada juga kebanyakkan dari kalangan kita yang mengambil sikap acuh tak acuh untuk memperingatinya. Sesungguhnya banyak info dan maklumat yang diperolehi, yang mana walaupun ianya mengulangi peristiwa yang sama tapi kerana keberkatan majlis ilmu itu memastikan bahawa siapapun yang menghadirinya pasti akan mendapat sesuatu yang lain dari yang lain. Ini semua adalah kehendak Allah kerana yang memberi faham itu semua adalah Allah. Antara maklumat yang dapat saya kongsi antaranya:


  1. Hidayah adalah milik Allah sepenuhnya

  2. Orang yang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah.

  3. Ujian sebagai tarbiyah dari Allah untuk hambanya.

  4. Isteri Nabi Allah Luth dan Nabi Allah Nuh tidak mendapat hidayah Allah.

  5. Isteri Firaun Asiyah dan pengasuh Firaun Masitoh mendapat hidayah Allah.

  6. Fitrah ciptaan Allah adalah sempurna pada asal kejadiannya.

  7. Rasulullah s.a.w. bertemu dengan Allah secara langsung.

  8. Solat sebagai tiang asas agama.

  9. Berhati-hati dengan ideologi Yahudi dan Nasrani.

  10. Ubat hati dengan bermunajat kepada Allah sepertiga malam.
  11. Kepentingan mempertahankan kemuliaan rumah Allah dengan pengisian dan pencerobohan (Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjidil Aqsa dan masjid2 di seluruh dunia).


Yang Ter...


Salam...


Hari ni waktu murid2 rehat jam 10.20am, kawe gi brehat sekejap melepaskan penat d library sekolah. Tak tau nak pilih buku apa pun, saje sambil nak tgk budak2 dengan karenah masing2 bile masuk library...demo nih bukan macam kito org dewasa. Demo nih tak paduli ko sape2, dia buat carak dia jah....emm tu le, aku dulu pung barangkali macam tu juga dulu.


Sambil duk pusing2, kawe ambik buku Malaysia Book of Records...fuh hebat2 manusia le ning. Kawe terfikir gak sekejap, manusia ni semuanya nak yg Ter...Ter...Ter... biasa la tu ( largest, bigest, longest...) he...nak ssuka pung ada.

Kadang2 kita manusia ni tak sedar diri, tak tahu, terlupa, buat2 tak reti...macam2 lagi. Memang la dunia ini Allah ciptakan untuk kita tapi atas maksud apa sebenarnya. Selama ni kita duk berasa untuk kita jah atas maksud nikmat yang disediakan Allah...tu jah, astaghfirullah... Sebab tu le manusia le ning sibuk sangat duk cari benda hak tak sepatutnya... yang sepatutnya kita cari kita buat tak peduli, sedangkan setiap hari buka mata terus guna nikmat hak Allah beri tapi jiwa raga duk sibuk dengan benda lain lupa Allah.

Allah cipta alam ini dan isinya termasuk kita sendiri memang untuk kita tapi untuk kita mengenal siapa Pencipta...dan siapa yang dicipta, supaya kita sedar dan jangan duk berasa lepah laku sangat. Sibuk buat itu ini sampai sanggup perhabis jutaan ringgit dan tenaga semata2 nak cari yang TERPANJANG, TERBESAR, TERTINGGI dan macam2 TER lagi hingga lupa mencari YANG MAHA AGUNG, YANG MAHA HEBAT, YANG MAHA PENGASIH, YANG MAHA PENYAYANG, YANG MAHA PENGAMPUN... dan segalanya.Rasulullah s.a.w. bersabda:


"setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik2 orang yg melakukan kesilapan ialah mereka yang senantiasa bertaubat , kesal atas segala kesalahannya..."


Jangan kita menjadi manusia yang tidak pernah merasa bersalah dan selesa dengan apa yang ada hingga lupa untuk mengenal Allah dengan sepenuh hati dan sujud patuh kepadanya dalam semua perkara yang kita lakukan. Mudahan2 kita akan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah...amiiin.