Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Friday, 9 July 2010

Isra' wal Mi'raj...


بسمِ الله الرحمن الرحيم

"Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui".

27 Rejab 1431 Hijrah...

Hari bersejarah yang hampir setiap tahun ditunggu dan disambut dengan pelbagai aktiviti bagi memperingati sejarah agung yang berlaku sendiri ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Bila mana Rasulullah dijemput untuk menghadap sendiri bertemu Allah untuk menerima satu ibadah yang sangat besar berbanding dengan ibadah-ibadah lain iaitu solat fardhu lima waktu yang kita lakukan hari ini. Ibadah yang membezakan antara iman dan kufur, ibadah yang menjadi benteng dapat mencegah seseorang dari fahsya' dan mungkar serta ibadah yang pertama sekali akan ditanyakan Allah kepada setiap hambanya yang beriman.


Perhatikan bagaimana Allah S.W.T. memulakan surah Isra' dengan menyucikan serta mengagungkan diri-Nya sendiri dari sebarang kelemahan, kecacatan dan kesilapan dalam mengatur gerak hamba-Nya. Tuhan (Allah) yang tak pernah tidur bahkan mengantuk sekalipun, yg mengurus dan mengawasi hamba-Nya sama ada yg beriman atau sebaliknya.

Inilah peristiwa yang menjadi satu ujian yang hebat ke atas iman para sahabat dan orang-orang yang sebelumnya beriman kepada Allah. Inilah peristiwa bagaimana seorang sahabat Rasulullah mendapat gelaran as-Siddiq kerana membenarkan peristiwa bersejarah ini dengan 100% tanpa ada keraguan sedikit pun...

Malam ini Masjid ar-Rahman Tenom Sabah mengadakan majlis sambutan Peristiwa Isra' dan Mi'raj dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan. Ustaz Kamarool Azhar Saidi telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya yang sepontan dan sentiasa bersemangat. Walaupun peristiwa ini saban tahun akan menjadi majlis wajib, tetapi ada juga kebanyakkan dari kalangan kita yang mengambil sikap acuh tak acuh untuk memperingatinya. Sesungguhnya banyak info dan maklumat yang diperolehi, yang mana walaupun ianya mengulangi peristiwa yang sama tapi kerana keberkatan majlis ilmu itu memastikan bahawa siapapun yang menghadirinya pasti akan mendapat sesuatu yang lain dari yang lain. Ini semua adalah kehendak Allah kerana yang memberi faham itu semua adalah Allah. Antara maklumat yang dapat saya kongsi antaranya:


  1. Hidayah adalah milik Allah sepenuhnya

  2. Orang yang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah.

  3. Ujian sebagai tarbiyah dari Allah untuk hambanya.

  4. Isteri Nabi Allah Luth dan Nabi Allah Nuh tidak mendapat hidayah Allah.

  5. Isteri Firaun Asiyah dan pengasuh Firaun Masitoh mendapat hidayah Allah.

  6. Fitrah ciptaan Allah adalah sempurna pada asal kejadiannya.

  7. Rasulullah s.a.w. bertemu dengan Allah secara langsung.

  8. Solat sebagai tiang asas agama.

  9. Berhati-hati dengan ideologi Yahudi dan Nasrani.

  10. Ubat hati dengan bermunajat kepada Allah sepertiga malam.
  11. Kepentingan mempertahankan kemuliaan rumah Allah dengan pengisian dan pencerobohan (Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjidil Aqsa dan masjid2 di seluruh dunia).


No comments: