Kenangan: Ummi, Muhammad Faaris dan Nurul Izzah (berdiri kiri kanan), Nurul Aaliya Najihah (beriba), Aaliya Nur Diana (di profile sebelah).
Wilayah Putrajaya,2009 - Sape nak sangka... keluargaku yg dalam gambar ni pernah ke Putrajaya (Kementerian Pelajaran Malaysia) termasuk anak ku yg dalam perut (kurang lebih 7 bulan) pun berpeluang ke sana, sempat gak ke JPN Selangor di Bahagian Pendidikan Islam berjumpe seorang Ustaz yg banyak membantu. Itulah yang dikatakan ketentuan Tuhan, tak merancang pun nak pergi bercuti... kekadang tu yang tak dirancang lebih baik dari yang terancang, sebab Allah yang menentukan bukan kita. Kita ni sape...bulu kening seurat pun bukan milik kita...pinjam je.
Dah lebih sembilan tahun ambe tinggalkan negeri Selangor, dulu semua jalan ambe ingat...kalau sesat pun buleh cari jalan keluar lebih-lebih lagi Bangi, Kajang, Sungai Buloh, Pudu, Dataran Merdeka, Hentian Putra, Sogo, Lot 10, Putrajaya waktu tu belum siap sepenuhnya lagi...ah banyak le. Tapi skarang ni...hari tu masuk tol Gombak pun dah berkakai cari nombor telefon sepupu, tak tahu mana nak masuk. Dulu ambe pakai motor je, nasib ada spupu (Abe Emiy Che Ngah) banyak membantu sampai ke depan hotel... Che Ngah (mak sedara belah bini ambe) sporting sangat bagi pinjam kereta, apa pun thanks buat Che Ngah. Orangnya suka bergurau "kereta sewa ikut jam...", kata Che Ngah.
Masuk negeri Selangor ambe tidur hotel di Bandar Baru Bangi. Wah... Bangi bukan macam dulu lagi pesat membangun sampai nak sesat ambe dibuatnya. Hotel tempat kami menginap buleh dikira selesa walaupun sesak sikit, baru buka dgn barang belum teratur dan lif pun belum operasi... pakai tangga je. Tapi oleh kerana pekerjanya mesra alam, pelanggan jadi senang hati tambahan pula di sebelah hotel tu ade restoran makanan Melayu... org Kelantan, dah tentu menu Kelantan. Mengikut fakta sejarah Kelantan orang Kelantan ni di mana-mana pelosok dunia pun ade orang Kelantan dan berjaya pulak tu... bangga pulok rasenya.
Malam tu kami sampai lewat sebab dah sesat sampai pelabuhan Klang, hampir limpas jam 12 tgh malam. Jadi malam tu kami makan ringan saja di bilik hotel, esok kena bangun awal nak pergi Putrajaya. Ambe dah janji dengan Abg Emiy Che Ngah nak mintak dia yg drive sebab dia belajar di UniKL, mesti lebih champion pasal selok belok jalan... Bangi dengan Putrajaya tak jauh.
Sarapan pagi... apa lagi hentam laksam dengan nasi kerabu, laksam bekas anak-anak tak habis semuanya ambe belasah. Lepas gian sebab kat Sabah mane nak ade kalau tak buat sendiri. Dulu di Sabah ambe pernah buat jamuan makan kawan2 dengan laksam, dari pagi sampai petang tu ambe terperap di dapur. Bukan senang nak buat, nak kate champion tak le... tapi buleh la.
Perjalanan dari hotel ke Putrajaya ambil masa dalam 30 minit je...itupun jalan jem. Biasalah bandar besar pusat pentadbiran Malaysia. Ambe tengok kalau pergi dengan motor lagi senang, tak payah beratur di jalan... main cilok2 je, masalah parking pun senang...di kaki lima bangunan je. Ini merupakan persepsi pertama aku menjejakkan kaki di Putrajaya. Berdebar dan teruja nak jumpa pegawai, maklumlah orang kampung dan bertugas pun di pedalaman setahun sekali belum tentu ke Putrajaya pakai baju kot pun beli kat rombengan (bundle) bukan orang tau pun. Sampai di tepi bangunan KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) kami turun tepi jalan je sebab parking sesak. Abg Emiy Che Ngah pandu kereta terus bawa anak kami yang sulung ke Alamanda...
Mula menjejak kaki di bangunan KPM Putrajaya... fuh, hebat dan megah. Kebanyakkan orang lalu lalang dengan urusan masing-masing tak pedulikan ambe, ngamlah sebab ambe mana ada kenal sape2 kat Putrajaya. Keturunan ambe semuanya petani dan belah bini pun sama juge, sekupu la katakan. Apa yang menariknya kedatangan aku di sambut senyum mesra dua orang jaga (guard/pengawal keselamatan). Kata mereka ambe perlukan kad untuk masuk kalau tidak tak dapat buka pintu...wah canggih betul. Tak lama menunggu aku dipanggil guard keselamatan untuk mengambil kad dan boleh masuk sekarang katanya kalau tak silap tingkat 10.
Dalam lif orang mula pandang memandang pada kami, barangkali mereka perasan ini mesti kes nak buat rayuan perpindahan, bawa anak bini nak minta kesian...ambe buat deak je sebab aku datang sini bukan pakai duit bapak kau, rezeki anak bini aku bukan kau yang kasi... Allah bah.
Sampai di tingkat 10, aku nak masuk tapi tolak pintu tak buleh pulak. Nak mintak tolong orang buka tapi takde orang...nasib ade satu mamat tu, dia datang je pastu halakan kad pada skrin barulah pintu boleh buka... wah canggihnya2. Dari kampung lagi kawan2 dan sedara mare pesan supaya buat garang macam nak mengamuk bila masuk pejabat jumpe pegawai (gertak la konon), masuk2 je pegawai yang dimaksudkan kebetulan ade dan menyambut kedatangan ambe sekeluarga dengan tersenyum lebar dari jauh...alamak terus lemah ambe dibuatnya. Ambe masih waras lagi, kalau madu yang orang beri takkan nak dibalas dengan hempedu... lebih baik ambe telan je hempedu tu. Itulah agaknya sampai sekarang permohonan ambe tak dilayan. Walaubagaimanapun kedatangan ambe ke KPM sudah terlambat sebab mesyuarat rayuan telah pun lepas, tapi ambe tetap menyerahkan dokumen kepada pegawai terbabit dengan tawakkal kepada Allah. Ambe dinasihatkan oleh pegawai tersebut untuk menghubungi pegawai di tempat ambe bertugas untuk membuat rayuan dan beliau memberi nombor telefon pegawai terbabit.
Ambe menghubunginya...bercakap dengan pegawai terbabit serta bercerita tentang masalah yang dihadapi... antaranya ambe menyatakan yang ambe dah 10 tahun berada di Sabah. Beliau menjawab... orang lain ade yang lagi lama, geram rasenya nak menjawab...kalau orang yang tak nak balik 100 tahun pun tak menjadi hal, masalahnya ambe ni nak balik sebab emak sakit, ayah dah 4 tahun meninggalkan ambe, emak ambe dah 5 ahun sakit stroke sebelah badan, abang yang sulung sawan semenjak kecil dan kakak sakit barah rahim dan tak kahwin sampai sekarang....fuh, dilema antara perjuangan dan tanggungjawab. Takkan ambe nak angkut semua keluarga ambe ke Putrajaya baru mereka nak layan...ish karut la macam ni.
Selepas keluar dari bangunan KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) ambe terus berkejar ke JPN Selangor...seksyen berapa ntah ambe tak ingat dah, yang penting selepas berputar-putar dengan bantuan pemandu teksi akhirnya ambe jumpa bangunan JPN Selangor...alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Arah yang hendak dituju adalah Bahagian Pendidikan Islam Negeri Selangor. Terpaksa menunggu selepas jam 2 sebab waktu ambe sampai ngam2 waktu rehat tengahari. Dengan izin Allah aku dapat berjumpa dengan seorang Ustaz di Bahagian Pendidikan Islam, seorang yang baik berbudi bahasa menyambut kami sekeluarga dengan senyuman ikhlas. Selepas menceritakan segala harapan yang kami bawa, beliau menawarkan diri untuk membantu.
Masih jelas terngiyang2 di telinga ambe beliau bertanya... "di Selangor kita nak mengajar dimana...". Wah besarnya harapan yang ditawarkan, amber mintak di Hulu Langat ataupun di kawasan lain yang kos hidup rendah. Beliau menjawab... "senang cerita, kalau kawasan seperti itu hanya untuk anak2 Selangor...", tahniah anak2 Selangor kerana mempunyai seorang pegawai yang prihatin. Kemudian ambe ditawarkan ke kawasan Subang, ambe sanggup dan beliau meminta pembantunya untuk fotocopy borang perpindahan ambe... dan beliau kata akan bantu. Ambe berangkat pulang dengan membawa 1001 harapan, dan sebelum pulang ambe sempat berjumpa dengan Abang Abu di kaunter pertanyaan...kawan lama waktu di MPI dulu. Waktu di MPI dulu sempat juga ambe bermain tenis dengan Abang Abu.
Ambe terpaksa urus semua ni dengan cepat sebab badget untuk 2 hari 2 malam saja. Malam tu ambe belanja Abang Emiy dan Auf (anak kak Nab) and family semua makan Satey Kajang Hj. Samuri di Kajang. Lamo bonar ambe tak pekena Satey Kajang, yang seronoknya sape sangka anak2 ambe pun bule merasa Satey Kajang...itulah ketentuan Allah. Perniagaan Satey Kajang memang mengalami perubahan yang hebat berbanding tahun 1999 kali terakhir ambe meninggalkan Bangi...fuh hebat, cakap banyak tak guna nak tahu datang sendiri...tahniah Hj. Samuri Satey Kajang.
Esok paginya selepas sarapan makan laksam dekat hotel ambe bertolak pulang bersama Abg Emiy. Abg Emiy sebuah kereta dengan kawan2nya, dan ambe sebuah kereta, sempat juga singgah di Sogo bawa anak dan isteri jalan2. Malam baru sampai di Kuala Terengganu dan dalam perjalanan sempat lagi beli lemang sebagai buah tangan...
Yang agak terkilannya, harapan yang dibawa pulang hanya tinggal harapan semata. Isteriku menghubungi Ustaz yang bertugas di JPN Selangor beberapa hari sebelum buka sekolah 2010 bertanyakan harapan kami yang kami bawa, beliau menjawab... "Saya tak dapat berbuat apa2 tanpa arahan dari Putrajaya...". Terima kasih ambe ucapkan untuk semua yang terlibat dalam pembikinan kisah ini termasuk juga krew2 belakang tabir... soba aje le.