Di antara hasrat dan cita-cita orang yang beriman tidak lain ialah untuk menjadi hamba Allah SWT. yang taat melaksanakan segala kewajipan dan kefardhuan, agar menjadi orang yang soleh dan bertaqwa.
Bagaimanapun untuk mencapai hasrat dan cita-cita tersebut amalah sukar bagi manusia yang bersifat lemah, meskipun seseorang itu telah mendapat hidayah sehingga pada zahirnya dia menjadi orang yang taat, namun Allah mempunyai kuasa mutlak untuk merubah keadaan itu menjadi sebaliknya, kerana kehendak Allah SWT. tiada siapa yang dapat mengatasi-Nya.
Justeru itu, tidak boleh bagi seseorang yang telah melakukan ketaatan kepada Allah merasa senang hati di atas segala usahanya, kerana diibaratkan cerita yang masih dipertengahan episode belum diketahui kesudahannya, maka atas alasan apa seseorang itu boleh merasa senang hati.
Makhluk ciptaan Allah yang beribadah kepada Allah selama sepuluh ribu tahun (Iblis) akhirnya dimurkai dan dikutuk oleh Allah dengan jaminan neraka jahannam akibat sombong dan takbur. Iblis telah mengisytihar perang sampai kiamat terhadap keturunan Adam as.
Bertarung dengan musuh yang nyata kelihatan belum tentu kita menang, tidakkah manusia akan lebih sulit apabila bertarung dengan musuh yang tidak dapat dilihat. Bertahun-tahun lamanya Iblis merekrut tenteranya yang terdiri dari pelbagai golongan termasuk manusia untuk berperang. Merasa amankah setiap orang yang sedang berperang? Sedangkan musuh terus menerus menghujani pelbagai jenis peluru yang dahsyat (hasad dengki, tamak, khianat, takbur, ujub, riyak dll)
No comments:
Post a Comment