Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Monday, 5 July 2010

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN...



Puasa Bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Ia merupakan kewajipan tahunan bila menjelang bulan Ramadhan.Di samping itu, bulan Ramadhan mempunyai banyak keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lain.Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 182:


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu semoga kamu beroleh taqwa…”


Difahamkan dari ayat di atas:


  1. Puasa adalah satu ibadah yang mesti ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam yang mukallaf.

  2. Ibadah puasa itu telahpun difardhukan ke atas umat-umat manusia dahulu lagi kerana besar faedahnya.

  3. Dengan puasa itu Allah memberi jaminan darjah ketaqwaan dan kesejahteraan di sisinya asalkan dikerjakan dengan penuh perhambaan dan keikhlasan.

Selain itu, ibadah puasa mengandungi beberapa hikmah dan kelebihan yang besar kepada manusia. Untuk mencapai tujuan itu perlulah dikerjakan dengan sebaik-baiknya, iaitu:



  1. Menjaga mulut daripada mengeluarkan kata-kata yang keji, umpat mengumpat, membuat fitnah, berdusta, bertengkar perkara yang sia-sia.

  2. Menjaga pendengaran daripada mendengar kata-kata yang keji dan melalaikan dari mengingati Allah SWT.

  3. Menjaga penglihatan daripada memandang perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

  4. Mengawasi kaki dan tangan daripada melakukan sebarang kejahatan dan maksiat.

  5. Memelihara hati dari memikirkan selain Allah SWT.

Sabda Rasulullah saw.:



“Sesungguhnya puasa itu adalah perisai, maka apabila salah seorang dari kamu berpuasa, janganlah bertutur keji dan jangan bersifat jahil, dan apabila seseorang mahu berkelahi dengannya atau memakinya hendaklah ia katakan: Saya berpuasa (untuk memberi kesedaran supaya tidak melampaui batas).

No comments: