At-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Said dan Abi Hurairah ra. Katanya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Seorang manusia dibawa kehadapan Allah SWT pada hari akhirat, lalu Allah bertanya kepadanya: “Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu, penglihatanmu, harta benda, anak-anak, haiwan dan binatang ternak untuk kamu manfaatkan sebagai suatu kemudahan, segala pokok dan tumbuhan, dijadikan pemimpin dari kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul daripada orang ramai. Ketika (kamu menerima segala kurnia-Ku) adakah kamu terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?”. Jawab manusia: “sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan untuk bertemu dengan Engkau wahai Tuhan”. Tuhan menempelak: “Pada hari ini, Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah melupakan Aku”.
Penglihatan yang dianugerahkan oleh Allah, sudahkah kita menggunakannya untuk meneliti ayat-ayat Allah yang menjadi dalil atau hujjah tentang kewujudan Allah SWT. yang Maha Perkasa, Maha Berkuasa yang menciptakan alam semesta.
Adakah kita berfikir bahawa pendengaran dan penglihatan anugerah Allah SWT. itu sekadar untuk berseronok dan berfoya-foya di dunia ini sehingga kita lupa tentang pertemuan dengan Allah di akhirat kelak. Ternyata ramai di antara kita yang melupakannya. Allah berfirman:
“Orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan gurau senda dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari qiamat ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari (hari qiamat) dan sebagaimana mereka mengingkari ayat-ayat Kami”(al-A`raf:51)
No comments:
Post a Comment