Ada di kalangan manusia yang memohon kepada Allah supaya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai.
Adi bin Hatim ra. Meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah saw. katanya, Baginda bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seseorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah SWT. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa (pegawai protokol)”...H.R.Muslim.
Pertemuan dengan Allah SWT. di akhirat kelak adalah suatu yang pasti, meskipun pertemuan itu dengan berbagai-bagai cara. Mukmin yang soleh bukan sekadar bertemu dengan Allah SWT. malah dapa menatap wajah Allah yang Maha Agung, setelah mereka dapat melakukan sujud di hadapan Allah di akhirat kelak. Segala urusan bermula daripada pendedahan segala rahsia perbuatan jahat dan keji hingga penyerahan segala catatan amalan akan dilakukan oleh Allah sendiri tanpa perantaraan sesiapapun hatta malaikat sekalipun.
Oleh kerana ada golongan manusia yang tidak dapat menahan malu dengan perbuatan kejinya yang didedahkan oleh memohon untuk dicampakkan kedalam api nereka asalkan perbuatan keji mereka tidak didedahkan. Rasa malu yang tidak tertanggung bakal dirasai apabila keaiban dirinya menjadi tontonan orang ramai yang berada di padang Mahsyar kelak.
Malu bagi sesetengah manusia adalah suatu perkara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Sebab itu ada manusia yang disebabkan rasa malu kerana keburukannya terbongkar, mereka sanggup lari malam meninggalkan kampong halaman secara senyap-senyap. Yang lebih dahsyat lagi ada yang sanggup bunuh diri semata-mata kerana tidak sanggup menanggung malu.
Begitulah halnya yang terjadi di padang Mahsyar. Akan ada manusia yang bersedia untuk terjun terus ke kawah api neraka darpada dimalukan di khalayak ramai. Bukan bererti bahawa pilihannya untuk terjun lebih baik dari dimalukan, namun ini menggambarkan betapa gawatnya keadaan di padang Mahsyar.
Itulah suatu peringatan bagi manusia yang tidak akan sanggup menanggung malu di padang Mahsyar, sebaik-baiknya mereka hendaklah malu di dunia ini. Malu melakukan kemungkaran ataupun perkara keji sekalipun di tempat yang sunyi. Sekiranya manusia tidak mahu menyaksikan rahsia keburukannya itu, mereka perlu sedar bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi.
No comments:
Post a Comment