Hadith Rasulullah s.a.w.

"Sebaik-baik pekerjaan (perbuatan) itu adalah bersederhana (laskada)".



Tuesday, 6 July 2010

Beribadat bagaikan mati akan menjelang esok hari...


Seluruh manusia mengetahui bahawa kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak siapapun yang dapat mengandaikan dirinya akan hidup lama. Orang muda tidak boleh optimis bahawa dia akan hidup lama, kerana semua orang tahu kematian itu tidak bertarikh, bayi dalam kandungan pun menemui ajal sebelum dilahirkan, dan kesihatan yang dikawal rapi tidak akan memanjangkan usia seseorang.

Seseorang yang bersolat pada hari ini tidak dapat menjangka dia akan sempat untuk solat seterusnya. Justeru itu, apabila masuk solat fardhu maka lakukannya sebagai solat yang terbaik yang dilengkapi dengan rukun dan syarat yang sempurna serta khusyuk dengan hati yang tertumpu hanya kepada Allah SWT. Rasulullah saw. bersabda:

“Jadikan solat yang kamu dirikan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidupmu”.

Mendirikan solat atau ibadah lainnya seolah-olah kematian akan datang menjelang esok hari, tentulah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kerana apabila solat atau ibadah yang dilakukan itu cacat dan tidak memenuhi rukun dan syaratnya, maka pasti solat atau ibadah itu akan ditolak oleh Allah dan peluang untuk memperbaikinya sudah tiada lagi.Apabila telah mati seseorang itu maka putuslah segala ikhtiar dan solat yang cacat itu kekal dengan kecacatannya tanpa dapat diperbaiki lagi

No comments: